nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kurang 12,000 pakar lawan serangan siber

21 OKT : Malaysia memerlukan kira-kira 27,000 pakar atasi keselamatan siber namun ketika ini negara hanya memiliki 15,000 orang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata Malaysia masih kekurangan kira-kira 12,000 pakar keselamatan siber pelbagai bidang bagi menangani isu serangan siber selepas ia dilihat sebagai satu cabaran dalam usaha kerajaan memacu agenda pendigitalan negara.

“Ini satu kekurangan yang sangat besar sebab bila kita faham keperluan untuk keselamatan siber dan rata-rata syarikat, terutama yang banyak terlibat dengan ekonomi digital, mereka akan mementingkan isu keselamatan siber dan akan ada keperluan mendesak untuk menubuhkan unit keselamatan siber sendiri.

“Setiap syarikat bergantung kepada saiz, mungkin memerlukan antara 20 hingga 30 orang dan kalau kita tengok perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai contoh, memang ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Ruang Bicara bertajuk Pasca Pembentangan Belanjawan 2024 terbitan Bernama TV, pada Jumaat. 

Bagi memantapkan lagi industri digital negara, Fahmi yakin kementerian di bawahnya menerusi CyberSecurity Malaysia mempunyai beberapa ikhtiar yang akan dilaksana bagi menangani serangan siber. 

“Perkara ini boleh diatasi dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, juga dengan membawa masuk pakar dari luar.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam belanjawan juga ada menyatakan beberapa insentif iaitu sama ada rakyat Malaysia kembali ke tanah air melalui TalentCorp dan warga asing boleh berkhidmat di Malaysia serta beberapa lagi insentif tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran atau tempoh buat masa ini dalam usaha memenuhi keperluan tenaga pakar keselamatan siber kerana industri itu berkembang dengan pesat.

“Tidak ada anggaran masa tetapi oleh sebab sektor ini berkembang pesat, angka pakar keselamatan siber akan berubah tahun demi tahun.

“Apabila lebih banyak syarikat yang ditubuhkan maka akan ada keperluan, jadi saya lihat angka akan menjadi dinamik pada tahun depan, mungkin akan lebih besar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.