21 OKT : Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah di Riyadh, hari ini.
Pertemuan rasmi atas jemputan peribadi baginda yang juga Perdana Menteri Arab Saudi kepada Anwar.
Kedua pemimpin itu membincangkan mengenai perang di Palestin yang berlanjutan sehingga hari ini
Pada sidang Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang melabuhkan tirai semalam, Putera Mahkota dan Anwar senada membangkitkan kebimbangan mereka berhubung kezaliman dan penindasan Israel terhadap penduduk di Gaza.
Selain itu, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan beberapa isu berkaitan kepentingan bersama termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.
Pada 5 Oktober lalu, Anwar menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Mohammed yang menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Arab Saudi.