Rafizi stabil lepas jalani pembedahan jantung
21 OKT : Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan selamat menjalani pembedahan jantung.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata Timbalan Presiden PKR itu dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.
“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.
Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung, awal minggu ini.
Beliau kini di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.