Memo Kepada YAB Perdana Menteri
Pertama sekali, kami ingin memuji YAB PM kerana menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dengan menghubungi dan bercakap dengan Encik Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas, parti pemerintah wilayah Palestin di Gaza.
Langkah YAB PM itu amat berharga dalam meyakinkan saudara dan saudari Palestin kita bahawa perjuangan mereka untuk kebebasan dan keadilan adalah yang paling utama dalam benak pemikiran kerajaan dan rakyat Malaysia.
Hari ini (18 Okt) kita rakyat Malaysia menerima berita tentang kebejatan yang amat memuakkan oleh tentera Zionis iaitu pengeboman Hospital Al-Ahli milik Gereja Anglikan di Gaza yang mengakibatkan lebih dari 500 rakyat Palestin terbunuh. Ini adalah jenayah perang yang amat kejam oleh pihak Zionis dan layak menerima kecaman global.
Namun kita juga sedar bahawa jenayah Zionis Israel berterusan selama ini kerana mereka selama ini mendapat sokongan buta dan tanpa syarat daripada Amerika Syarikat (AS).
Kami ambil perhatian bahawa bulan lepas semasa sidang kemuncak ASEAN-AS di Jakarta, YAB PM mencadangkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih mendalam dengan AS. Walaupun niat YB PM pada masa itu patut dipuji, namun mesej yang kuat dan terus terang perlu diberikan sekarang ini kepada kerajaan AS bahawa sokongan tanpa syarat mereka kepada rejim Zionis adalah faktor utama yang menggalakkan rejim itu berani melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Keadaan ini mesti dihentikan jika kita serius dalam usaha menyelamatkan nyawa warga Palestin yang tidak berdosa dari terkorban.
Kami, yang bertandatangan di bawah ini menggesa YAB PM untuk TIDAK meneruskan cadangan untuk merapatkan hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat melainkan dan sehingga kerajaan AS mengubah dasar sokongan buta mereka terhadap rejim Zionis.
Kami juga menggesa YAB PM untuk tidak menghadiri mesyuarat APEC di San Francisco pada November ini yang dihoskan oleh kerajaan AS.
Kerajaan AS mesti disedarkan bahawa semua kata-katanya tentang hak asasi manusia dan kebebasan berdering kosong dan langsung tidak mempunyai apa-apa makna selagi ia terus menyokong kezaliman rejim Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap warga Palestin.
1. BDS Malaysia
2. SEJAGAT
3. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
4. Citizens International
5. ACCIN
6. Palestinian cultural organisation Malaysia PCOM.
7. Palestinian Progressive Association Malaysia PPA-M
8. Al-Quds Foundation Malaysia
9. Centhra Malaysia
10. Pertubuhan mawaddah Malaysia
11. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
12. Muslim Volunteer Malaysia
13. Abim
14. Global Peace Mission
15. MyAqsa Defenders
16. Friends of Palestine (FoP)
17. Muslim Care Malaysia
18. Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia
19. Muslim Care Malaysia
20. Yayasan Amal Malaysia
21. Palestinian Forum Malaysia (PFM).