nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Mesir sepakat, barat perlu tekan Israel henti bedil Gaza

24 OKT : Malaysia dan Mesir mencapai kata sepakat bahawa negara barat perlu memberi tekanan kepada rejim zionis agar serangan ke atas Gaza dihentikan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi juga sepakat kemudahan awam di Gaza seperti sekolah dan hospital tidak sepatutnya dibedil.

“Perbincangan turut menyentuh tentunya melibatkan warga Palestin yang terus dirampas hak mereka dan terus dibantai tanpa noktah. 

“Kami turut bersetuju bahawa kedua-dua negara mesti memainkan peranan yang lebih dan tegas dalam memastikan keganasan dihentikan dan nyawa diselamatkan serta keadilan sejagat mesti ditegakkan,” katanya.

Menurut Anwar, ketika kunjungan hormatnya kepada El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah, Mesir itu, beliau dimaklumkan kerajaan Mesir pada masa ini sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza.

Dalam pada itu kata Anwar, Malaysia akan bekerjasama dan menyokong usaha Mesir itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata Malaysia akan terus berusaha menghubungi negara barat dan timur untuk membuat gesaan supaya mereka melakukan sesuatu untuk membawa keamanan dan bantuan kemanusiaan di kawasan bergolak itu.

“Saya sanjung usaha Mesir dalam memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan melalui sempadan Rafah-Gaza dan memastikan ia sampai terus kepada mereka.

“Matlamat yang jelas iaitu mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kalau ini tidak tercapai, penyelesaian dan kedamaian tidak akan kekal.

“Ini pendirian rakan-rakan kita termasuk Mesir dan semalam di Turkiye dan sebelum itu di Riyadh, itu pandangan kita bersama,” katanya.

Anwar juga menyatakan penghargaannya kepada El-Sisi kerana memberi ruang kepadanya untuk mengadakan pertemuan meskipun melalui notis pertemuan singkat.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata mereka juga membincangkan beberapa perkara termasuk masalah serantau dan masa depan negara-negara Arab dan dunia Islam.

Tidak dilupakan perbincangan berkait kerjasama dua hala perdagangan dan perusahaan pelaburan antara kedua-dua negara.

“Saya telah minta Menteri Luar dengan jawatankuasa (yang akan dibentuk kelak), untuk mengenal pasti hal-hal kerjasama yang boleh kita tingkatkan,” katanya.

Selain itu, Anwar juga memaklumkan El-Sisi bersetuju untuk membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, awal tahun depan.

Menurut Anwar, kunjungan itu yang pertama selepas berpuluh tahun lamanya Presiden Mesir tidak membuat kunjungan rasmi ke negara ini.

“Hubungan Malaysia dan Republik Rakyat Mesir mesti terus mekar dan diperkuat demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.