Ribuan banjiri stadium demi Palestin
24 OKT : Semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin terus diterjemahkan dengan ribuan yang hadir ke Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.
Cuaca hujan pada sebelah petang di sekitar ibu kota tidak mematahkan semangat peserta untuk membanjiri stadium bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus-terusan ditindas dengan kezaliman zionis sehingga ke hari ini.
Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat untuk rakyat Palestin diikuti ucapan pemimpin-pemimpin termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bacaan Qunut Nazilah.
Stadium Axiata Arena hari ini bergema dengan laungan ‘Israel cuak’, ‘bebaskan Palestin’, Palestin merdeka, Allahuakhbar!’
*Foto : Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali