nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lantang perjuang Palestin, AS hantar 3 notis kepada Malaysia

31 OKT : Kedutaan Amerika Syarikat (AS) memberi tiga notis tata tindak (demarche) kepada Malaysia atas kelantangan negara ini mempertahankan rakyat Palestin serta keengganan menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menganggap notis itu sebagai suatu peringatan.

“Demarche itu bukan pendirian neutral. Bila satu negara luar memberi tatatindak, maknanya mereka ada ‘concern’ (kebimbangan), bukan sekali tetapi tiga kali.

“Sekali kepada Duta Besar, dua kali (Kementerian Luar terima) pada 13 dan 30 Oktober. Sebab itu, kita anggap ini sebagai suatu peringatan tetapi jawapan kita tegas terutama melibatkan Hamas…Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas  dan menganggap kumpulan itu sebagi pengganas.

“Duta besar Malaysia di Washington dipanggil oleh Jabatan Negara AS yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan terhadap Israel khususnya keganasan Israel terhadap Gaza. Duta besar kita tegas menyatakan pendirian Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkenaan bentuk ancaman yang diterima oleh Malaysia daripada negara-negara barat yang menyokong Israel susulan atas pendirian Malaysia terhadap Palestin di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar (PH-Tambun) berkata pendirian Malaysia dalam mempertahankan Palestin sudah dinyatakan menerusi Perhimpunan Solidariti Palestin di Axiata Arena pada 24 Oktober lalu serta menegaskan negara ini kekal berpendirian mempertahankan kemanusiaan di samping menganggap pencerobohan yang dilakukan tentera Israel haram dari segi undang-undang antarabangsa.

Pada 18 Oktober lalu,  Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata dihubungi pihak Jabatan Negara AS yang menyatakan rasa kurang senang Washington terhadap beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap Israel.

Kata Nazri, Jabatan Negara AS mempersoalkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap Hamas namun kata bekas Ahli Parlimen Padang Rengas sokongan itu tidak sewajarnya dipertikaikan kerana ia merupakan pilihan rakyat Palestin di Gaza.

Dalam pada itu, Anwar menggesa rakyat Malaysia agar melihat situasi ini dari sudut sejarah dan kemanusiaan.

Mengambil contoh penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, beliau menegaskan semua pihak tidak boleh membezakan makna kemerdekaan apabila ianya melibatkan penjajahan di negara lain.

“Jangan menjadikan isu ini sebagai isu yang membezakan sikap kita untuk memahamai apa itu kemerdekaan .

“Malaysia Merdeka dengan  menolak penjajahan Inggeris dan kita bersama menentang penjajahan Inggeris. Mengapa kita agak berlembut apabila penjajahan Israel berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menegaskan Malaysia tidak akan mengambil pendekatan berkecuali apabila melibatkan keganasan dan kezaliman.

“Ada suara- suara yang mengatakan kita agak keras dan bertentangan dengan sikap berkecuali.

“Malaysia mendukung prinsip berkecuali namun tidak berkecuali dalam soal kezaliman dan ribuan anak-anak dibunuh, dibom dan tidak akan berkecuali dalam soal keadilan dan kemanusiaan,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.