2 NOV : Kerajaan memberi jaminan kedaulatan negara tidak akan dicabuli dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata berkait instrumen baharu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 itu, Malaysia berpendirian tidak memuktamadkan sebarang keputusan sama ada untuk meraktifikasi atau menolak sebelum 1 Disember ini.
Beliau berkata, rundingan bagi penyediaan dokumen Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) WHO CA+ masih diperingkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujukan.
Perjanjian WHO CA+ bermatlamat mencapai kesaksamaan dan keberkesanan lebih besar untuk pencegahan, kesediaan dan tindak balas wabak melalui kerjasama antarabangsa sepenuhnya namun, ia dikhuatiri akan meluaskan kuasa WHO dan mencetuskan peruntukan dalam perjanjian dengan menggalakkan mana-mana kerajaan mengetepikan hak harta intelek mereka.
“Kerajaan Perpaduan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana keputusan (WHO CA+ dan pindaan IHR 2005) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan komited memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi soalan dibangkitkan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai pendirian Malaysia untuk meraktifikasi atau menolak WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 sebelum 1 Disember ini.
Dr Zaliha berkata, Malaysia juga akan mempertahankan prinsip keadilan dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global di mana negara-negara maju perlu membantu negara membangun dengan sumber yang mereka ada selain pengagihan sumber yang adil serta saksama.
Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam rundingan itu dipacu dengan matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari bagi memastikan sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global.
Zaliha berkata di peringkat Kementerian Kesihatan, pihaknya sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan 12 agensi dan kementerian lain bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+.
Jelasnyanya, di peringkat Kementerian Kesihatan, pihaknya sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan 12 agensi dan kementerian lain bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+.