3 NOV : PKR menafikan dakwaan tersebar yang menuduh parti kerajaan itu menjadi ahli Liberal International.
Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil berkata terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International sejak kebelakangan ini.
“Saya mengesahkan PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International, “katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Fahmi menegaskan PKR akan sepenuhnya bersolidariti bersama rakyat Palestin menentang kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap negara mereka.
“PKR juga mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, lmenekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya.