4 NOV : Lebih kurang 50 orang terbunuh dan puluhan cedera selepas gempa bumi dengan magnitud 6.4 melanda Nepal pada Jumaat malam, dengan gegaran dirasai sejauh Delhi, di India.
Menurut laporan tempatan BERNAMA, bangunan runtuh di banyak tempat di Nepal dan jumlah kematian dijangka meningkat.
Sekurang-kurangnya 28 orang meninggal di daerah Rukum.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 11.47 malam waktu tempatan dan gegaran dirasai sehingga di India utara, termasuk di negeri Uttar Pradesh dan kawasan Delhi.
Pusat gempa berada di daerah Jajarkot di Nepal barat, 500 km dari ibu negara Kathmandu.
Gempa bumi magnitud 7.8 di Nepal pada April 2015 telah membunuh kira-kira 9,000 orang dan mencederakan 22,000 lagi.