Calon GPS, menang PRK DUN Jepak
4 NOV : Calon GPS, Iskandar Turkee menang dengan majoriti 8,784 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.
Terdahulu, tiga pusat pengundian bagi PRK itu ditutup pada jam 4 petang tadi.
Semua peti undi dari 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah Bintulu di sini, sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi yang direkod setakat jam 4 petang ialah 46 peratus.
PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara Iskandar, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.