nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negara Arab tidak serius pertahan Palestin : Mat Sabu

6 NOV: Amanah mengkritik negara-negara Arab yang masih belum melakukan tindakan serius bagi menghentikan kekejaman tentera zionis terhadap rakyat Palestin.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata negara-negara berkenaan masih mengadakan hubungan politik dan ekonomi yang menguatkan Israel di saat umat Islam terus menjadi penonton untuk memprotes tindakan kejam itu.

“Di tengah negara-negara umat Islam kekal bekerjasama dengan Israel, berlaku perkembangan menarik di Eropah apabila beberapa kerajaan dan masyarakat mereka bangkit menentang kekejaman Israel seperti Republik Ireland.

“Negara itu bukan sahaja lantang tetapi juga bersuara keras dalam Parlimen Kesatuan Eropah yang mengutuk kekejaman dan tindakan berat sebelah segelintir kuasa Barat.

“Protes besar-besaran telah berlaku di New York, Washington DC, London, Dublin, Paris dan Berlin melibatkan demonstrasi pelbagai agama serta bangsa menjadi satu gelombang baru yang mengecam Zionis serta menggerunkan pemimpin-pemimpin Barat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil contoh negara Turkiye yang menjalinkan kerjasama dengan Israel sejak 1950 sehingga sekarang sehingga menghasilkan berpuluh bilion nilai dagangan.

Jelas beliau, ia termasuk latihan ketenteraan bersama, pertukaran duta dan lawatan serta kerjasama dalam sektor pelancongan giat dijalankan.

Sehubungan itu, beliau berharap jalinan kerjasama di antara dua negara itu boleh ditamatkan segera sebagai tindakan politik yang tidak melibatkan operasi ketenteraan.

“Semakin zalim dan ganasnya Israel menyerang serta membunuh rakyat Palestin, semakin banyak negara-negara Arab yang dahulunya bermusuh dengan Israel, kini mula menjalinkan hubungan diplomatik dan ekonomi,” katanya. 

“Kekayaan yang ALLAH kurniakan berupa minyak yang begitu banyak di rantau teluk tidak digunakan untuk membantu membebaskan Palestin.

“Sebaliknya puluhan billion digunakan untuk membiayai perang menjatuhkan Saddam Hussin di Iraq, menaja gerakan militan Al Qaeda dan ISIS, membuat kekacauan di Afghanistan, Iraq serta Syria dengan membiayai operasi ketenteraan yang membunuh ribuan rakyat Yaman,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.