nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tegur media gelar Hamas militan

7 NOV: Agensi media di negara ini diingatkan supaya tidak menggelar Hamas sebagai pengganas atau militan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gelaran itu mampu mencetuskan kegelisahan dan sensitiviti rakyat yang menyokong perjuangan Palestin.

Tegas beliau, semua media perlu mempunyai kesedaran dan faham kegelisahan serta sensitiviti rakyat selain  mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak.

“Sebab itu dalam jawapan saya minggu lalu saya sengaja kaitkan mengenai kedudukan Kristian yang jadi mangsa keganasan Yahudi supaya rakyat Malaysia tahu, orang Islam atau bukan Islam tahu ini ia adalah isu kemanusiaan dan kezaliman dilakukan Israel.

“Saya mengingatkan rakyat, semua media…ada yang dikatakan legitimate hak asas, bermaksud mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi berhak…contoh terbaik Kongres Kebangsaan Afrika (ANC),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) meminta Perdana Menteri menegur dan mengambil tindakan ke atas media terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang menggelar Hamas sebagai militan atau pengganas.

Dalam pada itu, Anwar berkata setiap media perlu mempunyai pemahaman dan kesedaran mengenai isu keganasan rejim zionis yang melanggar hak kemanusiaan rakyat Palestin.

Pada masa sama, Anwar berkata semua pihak juga perlu memahami apa yang dilakukan oleh Hamas adalah sebagai tindakan mempertahankan bumi Palestin.

“Saya selalu ungkapkan perampasan tanah, harta, maruah itu terus diperkosa dan dihina jadi ada hak untuk mereka bangkit,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Anwar  menyatakan penjelasan samada PKR pernah menjadi ahli Liberal International yang jelas menyokong rejim Israel, beliau menegaskan partinya itu tidak pernah menjadi ahli pertubuhan antarabangsa tersebut. 

Jelas beliau, PKR tidak menyertai Liberal International apabila pertubuhan tersebut mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan rejim Israel.

“Soal Liberal international, Yang Berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota.

“Kita pada peringkat awal menjadi associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian menyokong Israel…kita tidak menjadi ahli,”katanya.

Pada masa sama, Anwar juga memberitahu beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Liberal International di Kaherah, Mesir.

Katanya, persidangan tersebut turut disertai ketua parti pembangkang Mesir ketika itu Ayman Nour; wakil Ikhwan al Muslimim (Muslim Brotherhood), Mahdi Akif, dan Mohamed Morsi (sebelum beliau menjadi Presiden Mesir).

Terdahulu, tular di media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang mendakwa PKR menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa yang  dipercayai menyokong Israel.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil bagaimanapun tampil menegaskan parti itu tidak pernah menjadi ahli atau anggota pertubuhan antarabangsa berkenaan. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.