9 NOV : Malaysia sekali lagi melakar kejayaan apabila menang di Mahkamah Perancis dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kemenangan itu mematikan gerakan kumpulan itu untuk merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.
Menurutnya, Mahkamah Perancis pada Isnin membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh Kumpulan Sulu.
Katanya, hari ini mahkamah itu juga merekod penarikan balik bagi prosiding rampasan aset terhadap bangunan diplomatik Kerajaan Malaysia yang sama.
“Kesimpulannya, keputusan pada 6 dan 9 November ini membolehkan keputusan membebaskan kerajaan Malaysia daripada cubaan tidak sah oleh warganegara Filipina itu untuk merampas aset diplomatik Malaysia di Perancis secara menyeluruh.
“…mereka gagal dalam menyentuh hak milik harta Malaysia dan kita tidak sama sekali boleh bersikap tolak ansur ke atas tuntutan tidak sah ini,” kata Azalina.
Beliau yangd kini berada di London ditemu ramah secara dalam talian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang ke London untuk fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu itu.
Beliau berjumpa dengan peguam-peguam lantikan Kerajaan Malaysia dalam menangani tuntutan tersebut.