10 NOV : Sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat pembangkang yang mendakwa kononnya ada pihak diugut dan ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata jika dakwaan tersebut benar-benar berlaku, pihak berkaitan boleh kemukakan bukti dan melaporkannya jepada polis.
“Penting diingatkan bahawa perdana menteri atau ahli jemaah menteri tidak ada apa-apa campur tangan, ugutan atau habuan dan sebagainya yang ditawarkan, tidak ada.
“Jadi seperti ditegaskan perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada sesiapa yang berpandangan berlainan daripada kenyataan ini, mereka boleh buat laporan, bawa bukti dan kita nilai, tetapi setakat ini tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Nordic 2023, malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya wujud unsur-unsur ugutan atau ganjaran habuan tertentu berikutan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar sokongan kepada Anwar.
Terdahulu, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan mereka terbela serta mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.
Sementara itu, ketika mengulas soal kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan kepada Anwar jika diberi peruntukan kawasannya, Fahmi menegaskan tiada tawaran atau habuan kepada sesiapa yang ingin menyokong perdana menteri.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan apa yang berlaku kini adalah bertentangan dengan dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan sedang bergolak.
Nampaknya apa yang berlaku sekarang ini adalah ‘complete reverse’ daripada apa yang disangkakan… Sejujurnya saya boleh kata saya tidak sangka sokongan terhadap Perdana Menteri boleh meningkat menjadi 151.
“Jadi kalau nak dikatakan bukanlah Kerajaan Perpaduan yang hadapi pergolakan, tetapi mungkin sesetengah parti dalam pembangkang yang sekarang ini sedang bergolak,” katanya.
Semalam, Syed Abu Hussin ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Justeru beliau berkata sedia menyokong Anwar jika peruntukan itu dilukuskan.