12 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.
Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi Malaysia juga turut bersama bersama Perdana Menteri dalam melaksanakan umrah selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Anwar menerusi laman sosial Facebooknya berkata, beliau bermohon agar rakyat Palestin diberi perlindungan sewajarnya daripada kemusnahan yang berlaku akibat serangan Israel.
“Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.
“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman,” tulisnya.