nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin: Pemuda UMNO tuntut Alexander mohon maaf

13 NOV : Pemuda UMNO menuntut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat permohonan maaf terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menolak idea menerima pelarian Palestin ke Sarawak.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh melahirkan kekesalan atas kenyataan itu yang dilihatnya memperlihatkan sikap penting diri serta tidak peduli dengan apa yang berlaku di Palestin ketika ini.

“Saya kesal dengan kenyataan yang juga memperlihatkan sikap penting diri dan tiada kepedulian terhadap kekejaman yang sedang dilakukan kepada mereka di sana. Bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas OIC menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin.

“Malangnya salah seorang Menteri kabinetnya membuat kenyataan yang cukup dangkal dan kontradik dari semangat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam ini.

Terdahulu, Alexander dilaporkan menolak idea menerima pelarian dari Palestin ke Sarawak bagi menjaga keharmonian negeri itu.

Dalam pada itu, Akmal berkata kenyataan Alexander itu menambah lagi kekecewaan selepas masyarakat dunia kini berdukacita terhadap apa yang berlaku pada negara tersebut.

Dalam keadaan warga Malaysia dan warga dunia berdukacita terhadap kekejaman yang melanda rakyat Palestin, kenyataan ini menambahkan lagi kekecewaan tersebut. Saya menggesa YB Alexander Nanta Linggi, sekiranya benar kenyataan ini dibuat, sila tarik semula dan memohon maaf secara terbuka.

“Adakah YB Menteri menyifatkan Palestin terkait sebagai ‘countries known for violence, anger and hatred’? Sebaliknya yang wajar disifatkan sebagai ‘violence, anger & hatred’ adalah Israel bukan Palestin.

“Saya lihat tidak ada masalah sekiranya ada usaha untuk membantu mereka yang ditindas dan dizalimi ditawarkan perlindungan. Dalam keadaan yang begitu sulit buat mereka nyawa melayang, adakah Malaysia tergamak membiarkan begitu sahaja?,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.