nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM mahu Nurul Ain kongsi suasana sebenar di Gaza

13 NOV : Rakyat Malaysia yang berjaya dikeluarkan dari wilayah konflik di Gaza awal pagi tadi, Nurul Ain Haron diharapkan dapat berkongsi suasana sebenar di negara itu kepada umum sebaik pulang nanti.

Demikian antara mesej disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Nurul Ain dan suaminya, Mohamed A M Shaat dalam panggilan video.

Beliau sempat juga melahirkan rasa syukur sebaik mengetahui Nurul Ain dan suaminya selamat tiba di Rafah.

“Insya-ALLAH kita akan terus membantu. Semalam saya pun tunggu (perkembangan) di Makkah ni, kita semua berdoa.

“Nanti dah sampai ke Malaysia rehat sekejap, kemudian terus bertugas untuk jelaskan (apa yang berlaku di Gaza kepada rakyat Malaysia). Kita doakan selamat berlepas ke Kuala Lumpur,” kata Anwar menerusi panggilan video yang berlangsung kira-kira lima minit.

Pasangan itu dijangka berlepas ke Malaysia malam ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nurul Ain dan Mohamed selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Anwar berkata, usaha membawa keluar suami isteri itu merupakan hasil daripada pertemuannya dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan kerja beliau ke Mesir, 23 Oktober lepas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Abdel Fattah yang mempermudahkan urusan membawa keluar rakyat Malaysia itu bersama suaminya.

“Tidak mudah tapi kita cuba sedaya upaya. Kita lakukan yang terbaik bercakap dengan (Presiden Turkiye Recep Tayyip) Erdogan, Abdel Fattah, Presiden Iran Ebrahim Raisi dan (Putera Mahkota Arab Saudi) Putera Mohammed Salman.

“Saya sedang lakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan kuat bagi menghentikan pembunuhan, kekejaman oleh Israel. Semua ini sesuatu yang melampaui batas pemikiran manusia,” kata Anwar.

Dalam pada itu, Nurul Ain yang ke Gaza pada 1 Oktober lepas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar dan kerajaan Malaysia kerana berusaha membawanya dan suami keluar dari Gaza.

Kata Nurul Ain, pada awalnya mereka memutuskan untuk tinggal di Gaza namun akhirnya mengambil keputusan untuk keluar susulan keadaan yang semakin bergolak.

“Alhamdulillah terima kasih kerana doa dan sokongan semua. Setakat ini, keluarga semua berada dalam keadaan baik,” katanya.

Nurul Ain juga berkongsi disebabkan suaminya warganegara Palestin, perjalanan mereka berdua untuk keluar dari Gaza melalui lintasan sempadan Rafah bukanlah mudah dan terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.