nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sirul Azhar boleh mohon semakan sabitan hukuman mati

14 NOV : Peguam kepada Sirul Azhar Umar boleh membuat permohonan untuk menyemak semula hukuman gantung yang dikenakan terhadap bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu setelah dibebaskan daripada tahanan imigresen. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian bagi menjelaskan status Sirul Azhar sama ada beliau boleh membuat permohonan tersebut setelah Malaysia memansuhkan hukuman mati mandatori. 

Kata Saifuddin Nasution, sekiranya sabitan hukuman mati itu berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat, barulah proses ekstradisi boleh dilakukan.

“Oleh kerana status Sirul Azhar sudah dijatuhkan hukuman, persoalan seterusnya ialah apakah beliau melalui peguam boleh memohon agar hukuman ke atasnya itu dapat dikemukakan (semakan)?

“Sekarang, ada 1,267 pesalah yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dan kira-kira 900 lebih sudah kemuka semakan semula hukuman. Apakah Sirul Azhar mempunyai hak menerusi peguamnya? Dia boleh saja mengemukakan (permohonan) untuk ruang (semakan) ini.

“Kalau itu sudah dibuat, barulah boleh proses ekstradisi atau umpama rayuannya berakhir dengan adanya perubahan dari segi hukuman, sementara sabitan tidak berubah tapi hukuman berubah,” katanya pada sidang media bangunan di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata walaupun Malaysia dan Australia mempunyai perjanjian ekstradisi, wujud kekangan tertentu untuk melaksanakan proses itu memandangkan Australia tidak mengiktiraf hukuman mati dalam undang-undangnya.

“Memang ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dengan Australia. Di Malaysia, status Sirul Azhar seperti yang kita maklum dia sudah dijatuhi hukuman mati, manakala Australia pula sebuah negara yang tidak mengiktiraf dan tidak mengenakan hukuman mati terhadap pesalah jenayah di negara mereka.

“Justeru, antara syarat ekstradisi, dia ada banyak untuk boleh dilaksanakan di mana kesalahan terbabit mestilah ada elemen ‘dual criminality’ iaitu kesalahan mesti menjadi kesalahan jenayah bagi kedua-dua negara yang turut membawa hukuman yang sama. Jadi walaupun kita ada perjanjian ekstradisi, ia ada satu perbezaan di situ.

“Seterusnya, kita juga ada banyak perjanjian ‘Mutual Legal Agreement’ (MLA), termasuk dengan Australia (yang dipanggil) ‘Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002’. Namun, prinsip ‘dual criminality’ masih terpakai,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Mahkamah Tinggi Australia membebaskan Sirul Azhar yang disabitkan dengan kematian wanita Mongolia di Malaysia, Altantuya Shaariibuu.

Daily Mail melaporkan, mahkamah itu tidak membenarkan penahanan tanpa had ke atas Sirul Azhar dan dibebaskan dari Pusat Tahanan Villawood di Sydney pada Sabtu.

Bekas pengawal peribadi perdana menteri Malaysia itu dijatuhi hukuman mati pada tahun 2006 atas pembunuhan Altantuya yang mayatnya diletupkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.