14 NOV : Kerajaan bakal mengambil tindakan terhadap pihak yang mendakwa wujudnya elemen ugutan dan habuan berhubung tindakan empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata pihak berkuasa bersedia bertindak secara profesional dengan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan berhubung perkara tersebut.
Tegas beliau, pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang jenayah yang boleh menjejaskan ketidakpatuhan kepada undang-undang di negara ini.
“Pihak penguatkuasa dalam kerajaan kita sedia untuk bertindak secara profesional bagi menangani sebarang kemungkinan
“Jika terdapat laporan daripada individu berkenaan perkara disebutkan seperti umpan habuan dan sebagainya tidak berlaku, ia boleh jatuh kepada fitnah kepada kerajaan.
“Ugutan termasuk dalam kes polis manakalan umpan dan habuan pula termasuk bidang kuasa SPRM,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan soalan Othman Abu Bakar (PH – Batu Pahat) yang membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.
Saifuddin berkata setakat ini, kerajaan belum menerima sebarang laporan polis atau SPRM tentang wujudnya habuan atau ugutan untuk menyokong Perdana Menteri.
“Tiada satu pun aduan yang dibuat terhadap dakwaan asal. Saya boleh simpulkan ianya hanyalah cakap-cakap di luar sahaja,” katanya.
Bagaimanapun ketika sesi soalan tambahan, Wan Ahmad Fahysal (PN-Machang) bangkit menyatakan laporan polis sudah dibuat oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada malam Isnin berhubung perkara tersebut.
Saifuddin berkata pihak mengalu-alukan sebarang laporan serta memberitahu laporan yang dilakukan akan disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
“Saya ucap syabas Machang dan Armada bekerja sampai tengah malam untuk membuat laporan polis.
“Hakikat polis pun terima laporan pun, itu tunjuk polis bertindak profesional, perkara ini juga akan disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 SPRM, saya bantu Machang” katanya.
Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) ; Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd. Azizi Abu Naim. (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri namun kekal setia bersama Bersatu.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mendawa terdapat unsur ugutan dan rasuah yang mempengaruhi keputusan keempat-empat ahli parlimen itu dan akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut. OLEH : AISYAH BADRUL
Habuan, ugutan sokong PM, tindakan akan diambil jika fitnah kerajaan