16 NOV : Bersatu gagal mencabar keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang enggan mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah.
Ia melibatkan Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Bersatu untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Johari dan empat Ahli Parlimen Sabah tersebut.
Hakim Amarjeet Singh berkata Perlembagaan Persekutuan melarang mahkamah meneliti perkara berbangkit dalam Parlimen termasuk keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Pada 28 April lalu, Bersatu memfailkan
Empat ahli Parlimen itu memenangi kerusi masing-masing atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika Bersatu sebahagian daripada gabungan berkenaan.
Namun selepas PRU15, GRS menggugurkan Bersatu daripada gabungan itu.
Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee berkata parti itu mengeluarkan notis pemberhentian kepada empat ahli Parlimen tersebut pada 21 Disember 2022.
Ia susulan tindakan mereka duduk bersama blok kerajaan pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember tahun lalu.
Susulan pemberhentian berlaku selepas PRU15, Kiandee mendakwa berlaku kekosongan berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan iaitu ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika melompat parti, melainkan mereka dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.