APEC: PM sertai dialog dipengerusikan Biden
17 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.
Memetik laporan Awani, sesi itu berlangsung di Moscone Centre, San Fransisco petang Khamis waktu tempatan.
Ia turut dihadiri semua pemimpin mewakili 21 anggota ekonomi APEC.
Selain itu, Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris.
Menteri Kewangan itu turut bakal menyertai Dialog Tidak Rasmi dengan Columbia, Fiji serta India dan Mesyuarat Kedua Pemimpin Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), hari ini.
Anwar kemudian dijadual menghadiri majlis makan malam Pemimpin Ekonomi APEC yang dihoskan Biden.
AS dan Malaysia adalgah antara 12 anggota pengasas APEC yang ditubuhkan pada 1989.
Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.
Ini diikuti China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pada 1993.C
Chile menyertainya pada 1994 serta Peru, Russia dan Vietnam pada 1998, menjadikan keanggotaan penuh kepada 21.
APEC mempunyai hampir tiga bilion penduduk, 62 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 48 peratus daripada perdagangan dunia pada 2021.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim