nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jumlah penduduk miskin tegar makin berkurang

17 NOV : Jumlah penduduk miskin tegar dan miskin di Malaysia dilihat mengalami pengurangan hasil usaha Kerajaan Perpaduan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar berkurang daripada anggaran 1% isi rumah pada 2020 kepada 0.2% atau 18,445 isi rumah pada masa ini, memetik data Survei Pendapatan Isi Rumah yang dilaksanakan pada 2022.

Jelas beliau, pengurangan sama dapat dilihat berdasarkan data eKasih iaitu pangkalan data di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

“Berdasarkan eKasih setakat 31 Oktober 2023, jumlah isi rumah miskin tegar adalah 102,888 Ketua Isi Rumah (KIR). Angka ini menunjukkan penurunan berbanding data eKasih pada bulan Januari 2023 yang mencatatkan sejumlah 126,556 KIR miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada kepada Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya jumlah golongan miskin tegar berjaya dibantu kerajaan.

Dalam pada itu, Rafizi berkata kerajaan juga berusaha melaksanakan anjakan besar melalui penyasaran pemberian bantuan kepada golongan sasar berkelayakan.

Justeru, katanya pangkalan data utama (PADU) akan memainkan peranan penting dan dijangka sedia digunakan secara berperingkat mulai Januari depan.

“Bantuan jangka pendek bagi golongan miskin termasuk sumbangan tunai, barangan asas, subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil, serta projek pembaikan prasarana luar bandar.

“Bagi strategi jangka sederhana pula, program keusahawanan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan pendapatan, termasuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah memanfaatkan 4,100 isi rumah berpendapatan rendah,” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata kerajaan akan terus melipatgandakan usaha membantu KIR miskin tegar untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan menerusi pelbagai program peningkatan pendapatan selain mencipta peluang pekerjaan.

“Pengenalan PADU membolehkan usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dilaksanakan dengan lebih tepat tanpa sebarang keciciran dan pertindihan pemberian bantuan oleh semua agensi Persekutuan dan negeri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.