18 NOV : Semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diingatkan agar tidak melanggar undang-undang sepanjang berkempen.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata semua pihak terlibat diingatkan agar mematuhu peraturan selaras Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pada masa sama, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat dan aduan jika berlaku sebarang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK kali ini.
SPRM turut melancarkan bilik gerakan sempena PRK kali kni yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 2 Disember depan.
Bilik gerakan itu terletak di pejabat SPRM Cawangan Kemaman, Bangunan Persekutuan, Jalan Melor, Gong Limau, Peti Surat 6000, 24000 Kemaman, Terengganu.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada aduan.prk.terengganu@sprm.gov.my atau menghubungi talian 09-8502080,” kata SPRM dalam satu kenyataan.