20 NOV : X mengharamkan slogan berkait peperangan Palestin-Israel termasuk ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ dan beberapa istilah lain.
Pemiliknya, Elon Musk memberi amaran terhadap mana-mana akaun pengguna yang melanggar peraturan itu akan digantung serta-merta
Musk mendakwa, slogan dan istilah itu seolah-olah menyokong pembunuhan beramai-ramai.
Slogan menyokong pembebasan Palestine dan gesaan menghentikan serangan terus dilaungkan masyarakat dunia sejak awal bulan lalu.
Namun bagi Israel, slogan itu merupakan ‘panggilan untuk melakukan keganasan’ selain melabelkannya sebagai anti-Semitik atau jenayah kebencian terhadap orang Yahudi.
Tindakan Musk itu dikritik aktivis pro-Palestin dengan menuduhnya mengehadkan kebebasan bersuara.
X sebelum ini dikenali sebagai Twitter.