21 NOV : Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib sedang dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bermula di Dewan Rakyat, pagi ini.
“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.
“Beliau tidak boleh dilawat,” katanya.
Namun Johari yang tidak memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu.
Beliau sempat meminta semua ahli dewan mendoakan kesembuhan Ismail.
“Kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah SWT dan sembuh segera,” katanya.
Melalui semakan di Facebook, Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak ketika Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya dan Ahli Parlimen Jerlun, Abd Gani Ahmad ketika menziarahi Ismail pada 10 November lalu di IJN.
*Foto : Facebook Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak