Razali Idris didakwa bawah Akta Hasutan
24 NOV : Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.
“Saya mengaku tidak bersalah dan bersedia untuk dibicarakan,” katanya.
Exco Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 9.30 malam dan 11.30 malam pada 10 November di Padang Astaka di Chukai, Terengganu semasa pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) sempena PRK Kemaman.
Razali didakwa berkata kerajaan mengawal SPRM dan hakim malah beliau turut mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Petikan ucapan beliau dikongsikan di TikTok oleh @wancin11.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau adalah pemimpin PN kedua yang didakwa menghasut selepas Menteri Kedah Kedah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah pada Julai atas dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap institusi diraja.