25 NOV : Hospital Indonesia yang terletak di Semenanjung Gaza dikosongkan sepenuhnya hari ini selepas kehabisan sumber api dan ubat.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra.
Beliau memberi amaran situasi kesihatan di Semenanjung Gaza kini sangat meruncing.
“Bantuan perubatan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi dan jauh lebih sedikit berbanding sebelum ini.
“Tiada kemudahan kesihatan di utara Semenanjung Gaza yang mempunyai kira-kira 900,000 penduduk. Hanya tiga hospital yang beroperasi dengan kemampuan yang terhad,” katanya.
Hospital Indonesia dibedil beberapa jam sebelum gencatan senjata dilaksanakan, semalam.
Gencatan senjata Palestin dan Hamas berjalan selama empat hari dengan syarat pertukaran tebusan serta tahanan.
Menurut pejabat media kerajaan, angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 14,854 pada Khamis, sebelum gencatan senjata.
Mangsa yang terkorban termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 lagi cedera.
Kira-kira 7,000 orang masih gagal dikesan termasuk lebih 4,700 kanak-kanak.