nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kesepakatan kunci kekukuhan pentadbiran Kerajaan Perpaduan

25 NOV : Kestabilan ekonomi, politik dan keharmonian rakyat di negara ini dicapai dengan kesepakatan yang ditunjukkan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak setahun lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata meskipun adakalanya berbeza pandangan dalam kalangan pimpinan negeri itu namun ia bukan penghalang dalam memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar.

“Setiap minggu kami mengadakan mesyuarat Exco secara profesional, aman damai, bertoleransi walaupun kadang-kadang ada pendapat yang berbeza tapi kita raikan dan pada akhirnya kita buat keputusan secara bersama.

“Perpaduan yang terjalin ini sekali gus menolak keraguan sesiapa juga yang beranggapan bahawa kerajaan ini hanya mampu bertahan dalam jangka masa singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ulang tahun setahun Anwar sebagai Perdana Menteri selepas menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak, di Bagan Datuk pada Jumaat.

Dalam pada itu, Saarani berkata beliau yakin barisan exco kerajaan negeri khususnya dari Pakatan Harapan (PH) akan kekal sehingga akhir penggal bagi meneruskan dan menjalankan amanah sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk rakyat di Perak dengan sokongan serta dukungan penuh diberikan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata gabungan Kerajaan Peroaduan adalah yang terbaik dan berkomitmen tinggi dalam menghasilkan kejayaan buat negara.

“Bagi seorang perdana menteri yang mengambil alih kerajaan buat kali pertama dan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan ini, saya percaya kerajaan telah melakukan sehabis baik.

“Datuk Seri Anwar sendiri bekerja siang dan malam, komitmen beliau yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini sangat luar biasa.

“Daripada data yang dikeluarkan Merdeka Centre sebelum ini sebenarnya PM mempunyai rating tertinggi berbanding perdana menteri yang lain untuk tempoh setahun. Saya percaya rating beliau masih melebihi 50 peratus dan ini adalah satu bukti bahawa beliau di antara yang terbaik,” katanya, lapor Bernama.

Sementara isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut berharap rakyat akan memberi sokongan dan mendoakan suaminya untuk terus mampu menggalas tanggungjawab mengemudi negara.

“Dia tidak sempurna, dia manusia biasa, pada umur ini dengan tanggungjawab ini, kita doakan sama-sama. Jangan kutuk, kritik tidak apa.

“Dengan pelbagai persepsi dan naratif (kepada Anwar), macam mana lagi nak buat, jadi bagilah cadangan untuk memperbaiki,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana di Universiti Selangor (Unisel) sempena Istiadat Konvokesyen Unisel kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya, Shah Alam, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.