26 NOV: Israel memusnahkan bangunan Parlimen Palestin dalam tempoh perang yang berlaku selama 50 hari.
Zionis sebelum ini menyangkal dakwaan mereka bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Namun laporan media mendedahkan tentera Zionis telah memusnahkan bangunan Parlimen, beberapa hari selepas mengambil gambar mereka di dalam bangunan tersebut.
Laporan media tempatan dan video yang tersebar dalam talian menunjukkan tentera Israel pada Rabu mengebom bangunan Majlis Perundangan Palestin (PLC).
Selain kawasan sekitar PLC turut musnah, membuktikan Israel sememangnya menyasarkan bangunan penting kerajaan.
PLC merupakan sebuah badan perundangan yang menjalankan proses demokrasi di Parlimen melalui undian 132 wakil yang dipilih menerusi pilihan raya.
Ini bukan kali pertama Zionis menyasarkan serangan bangunan Parlimen.
Pada 2002, ibu pejabat di Tebing Barat rosak teruk dan peralatan dimusnahkan.
Ia disusuli pada Januari 2009, apabila ibu pejabat Gaza dibom semasa operasi Cast Lead dan musnah sepenuhnya sembilan bulan selepas itu.
Serangan ketika itu dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana ia jelas pelanggaran kemusnahan harta benda kerajaan dan demokrasi dan dilakukan secara tidak sah dan sewenang-wenangnya oleh Zionis.