Belanjawan 2024 diluluskan di Dewan Rakyat
27 NOV : Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 diluluskan di Dewan Rakyat malam ini selepas dibahas sejak 16 Oktober lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan keputusan tersebut selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara.
Pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentang rang undang-undang itu yang merupakan belanjawan negara tertingg dalam sejarah Malaysia iaitu RM393.8 bilion.
Belanjawan bertema Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu memperuntukkan 77.1 peratus atau RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE).
Belanjawan kali ini memberi fokus kepada tiga tumpuan utama iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat.