nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Eksport beras: Pengeluaran ditingkatkan

28 NOV : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang dalam usaha meningkatkan pengeluaran beras negara ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha tersebut dilakukan dengan beranggapan eksport beras ke Malaysia mungkin disekat pada masa akan datang.

Katanya, negara kini perlu mempunyai kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri dengan menyediakan bekalan beras mencukupi untuk rakyat.

“Kita sekarang ini perlu anggap beras akan disekat untuk di eksport ke Malaysia. Ini kerana, India sedang berdepan dengan perubahan iklim dan sebagainya. Mereka perlu jamin bekalan makanan yang cukup kepada rakyatnya. Vietnam dan Thailand belum lagi, mungkin suatu hari nanti.

“Katakanlah suatu hari disekat. Kita mesti berusaha mencukupkan beras. Boleh atau tidak? Saya kata boleh. Jika kita beri tumpuan yang betul, kerja yang betul, teknologi, baja, dan pengairan yang betul, kita boleh,” katanya menerusi program Agenda AWANI pada Isnin.

Mohammad berkata empat hingga lima tan beras secara purata dihasilkan bagi setiap satu hektar sawah padi ketika ini, dan pihaknya menyasarkan kadar pengeluaran tersebut ditingkatkan kepada enam tan bagi setiap hektar.

“Jika kita dapat capai enam tan purata pengeluaran beras sudah cukup. Kalau tujuh tan, kita sudah boleh eksport. Sebab itu apabila saya lihat dan ditemani pegawai-pegawai yang dedikasi di kementerian ini, kita mencari tempat hasil padi yang paling cantik.

“Kita dapati ada di Sekinchan; Bumbung Lima, Pulau Pinang; dan beberapa tempat di Perak. Jadi kita bawa cara Sekinchan ini ke tempat lain, dan kita buat percubaan.

“Kita bawa tanam di Kedah dengan penjagaan yang betul, racun yang betul, dan pengawalan yang betul. Daripada tempat itu biasa dapat hasil beras enam hingga tujuh tan, kemudiannya boleh dapat sampai hampir 11 tan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad turut memaklumkan Sabah dan Sarawak akan dijadikan sebagai jelapang padi kedua negara.

Jelas beliau, ia sebagai usaha untuk meningkatkan hasil tanaman padi untuk menjamin bekalan beras yang stabil diseluruh negara. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.