nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaedah pemberian subsidi semasa tidak efektif : Zahid

28 NOV : Kaedah pemberian subsidi sedia ada dilihat tidak efektif dan tidak mampan kerana ia dinikmati semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan warga asing.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu mencari pendekatan baharu untuk menyalurkan subsidi kepada kumpulan sasar yang benar-benar layak.

“Dapatan ini membuktikan kaedah subsidi pukal tidak mencapai objektif asas kerana kumpulan sasar yang sepatutnya dibantu tidak mendapat manfaat yang optimum.

“Subsidi diesel yang sepatutnya memberi manfaat kepada nelayan atau pengguna untuk mendapat ‘value for money’ (nilai untuk wang) kepada perkhidmatan dan barangan yang dibeli turut disalahgunakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan kepada program subsidi ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali pada Majlis Simposium Kos Sara Hidup 2023 di Putrajaya, hari ini.

Beliau merujuk dapatan Laporan Kajian Impak Program Subsidi Petrol dan Program Subsidi Diesel Sektor Pengangkutan Terpilih yang mendapati kumpulan T20 secara purata menggunakan RM399 sebulan bagi petrol RON95 manakala kumpulan B40 secara purata menggunakan RM243 sebulan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata susulan subsidi diesel secara pukal, ia membuka ruang untuk berlaku ketirisan yang menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab melakukan penyelewengan dan menyeludup.

Sehubungan itu katanya, adalah tidak wajar jika kerajaan meneruskan pendekatan sama yang sepatutnya subsidi itu hanya diberi kepada yang benar-benar memerlukan.

Katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan subsidi yang semakin besar pada 2022 dengan nilai keseluruhan dibelanjakan adalah RM91.9 bilion.

“Jumlah ini adalah suatu nilai yang terlalu besar dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan bagi tahun ini, peruntukan asal bagi keperluan subsidi adalah RM64 bilion, namun kerajaan mengunjurkan nilai ini mencecah RM80.9 bilion berdasarkan perbelanjaan semasa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.