nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Iklan jelik: Kerajaan panggil penyedia aplikasi media sosial

30 NOV : Kerajaan akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial untuk berbincang berkait isu kandungan iklan jelik.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia bagi memberi penegasan berkenaan iklan jelik termasuk yang berbaur seksual.

“Kebiasaannya iklan disajikan kepada kita adalah berdasarkan apa yang algoritma itu anggap kita suka tonton dan tengok. Contohnya, kalau kita suka tengok kereta, maka keretalah yang disajikan. Jadi saya ambil maklum isu ini. 

“Memang pelbagai platform media sosial ada algoritma sendiri, sebab itu isu algoritma ini adalah isu yang agak bermasalah dan ia boleh mengakibatkan satu bentuk sindrom terowong atau ruang gema,” katanya kepada Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail  yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam menyekat kandungan iklan melampau di media terutamanya media sosial.

Menurut Fahmi,  dalam tempoh 1 Oktober hingga 15 November lalu, sebanyak 147 kandungan berunsur kebencian berkaitan konflik Palestin-Israel diturunkan dengan kerjasama penyedia platform media sosial.

Jelasnya, langkah itu akan diteruskan bagi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Dalam menangani dan mengekang kandungan radikal dan ekstremisme, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak penyedia platform media sosial antarabangsa.

“Ia bagi memastikan kandungan berunsur kebencian yang membabitkan isu konflik Palestin-Israel ini dapat diatasi dengan lebih baik,” katanya bagi menjawab soalan Senator Noorita Sual yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengekang kandungan radikal dan ekstremisme khususnya konflik Palestin-Israel di media sosial.

Fahmi berkata usaha penerapan nilai keamanan di seluruh negara juga giat dilaksanakan menerusi media massa berpandukan Kod Kandungan yang memberikan panduan jelas berhubung standard kandungan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau berkata Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai ejen penyampai maklumat rasmi juga sentiasa menyalurkan berita yang seimbang dan berobjektif.

Usaha itu katanya akan membantu menghindari penyebaran pandangan ekstrem serta menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat, selari dengan hala tuju dan dasar semasa kerajaan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.