1 DIS : Seorang guru direman empat hari selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kumpulan WhatsApp yang kemudian tular di Facebook.
Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh, berkata individu 43 tahun itu yang mengajar di sekolah agama di Kulim, Kedah itu ditahan di rumahnya pada Khamis.
Setakat ini, lima laporan polis diterima berhubung kenyataan guru itu,
Kata Fisol, suspek direman hingga 4 Disember ini untuk disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Polis turut merampas telefon bimbit suspek untuk membantu siasatan,” katanya lapor Harian Metro.
Tambahnya, siasatan sudah diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.