1 DIS : Seorang pelanggan Maybank terkejut apabila tiba-tiba wang di dalam akaunnya mempunyai lebih RM404 juta.
Wanita tersebut, Hafidzah Abdullah berkongsi perkara itu di platform LinkedIn namun malangnya kesilapan teknikal itu menyukarkannya apabila akaunnya disekat tanpa sebarang notis.
Hafidzah yang merupakan Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia berkongsi bagaimana beliau terpaksa mengunjungi cawangan Maybank beberapa kali hanya untuk menyelesaikan masalah yang bukan kesilapannya.
“Tiba-tiba akaun peribadi saya ada RM400,040,404.04. Mesti anda ingat saya menang loteri kan? Tidak, sebenarnya ini gangguan sistem
“Mereka kata wang tak boleh beli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” katanya dalam perkongsian itu.
Lebih sukar baginya apabila masalah itu ketika tempoh pembayaran gaji.
“Saya terpaksa berdepan dengan gangguan perbankan selama tiga hari dalam tempoh pembayaran gaji dan saya menganggap situasi ini tidak kelakar.
“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan (SECURE2U bermasalah) dan lawat Maybank menjadi rutin harian saya,” katanya.
Beliau turut berkongsi ketidaklancaran urusan yang dihadapinya sepanjang menyelesaikan masalah tersebut.
Difahamkan hari ini pihak Maybank sudah menyelesaikan kes terbabit dan mengesahkan sehingga kini tiada data pelanggan terjejas