1 DIS : Israel sekali lagi dilaporkan berang dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Khamis.
Ia susulan kenyataan Sanchez yang mengatakan meragui rejim Benjamin Netanyahu itu menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang terus mengulangi tindakan ketenteraan di kawasan tidak boleh diterima.
Berang dengan kenyataan perdana menteri itu, Israel memanggil duta Sepanyol untuk membuat teguran kali kedua dalam tempoh kurang 10 hari.
Kata Sanchez, apa yang dilihat di Gaza tidak boleh diterima.
Melihat rakaman begitu ramai kanak-kanak terbunuh yang terus meningkat, Sanchez berkata beliau sangat meragui Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sehubungan itu, Sanchez menegaskan, negara-negara Eropah perlu membincangkan pengiktirafan negara Palestin.
Pada Jumaat, Sanchez bersama Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo melawat Lintasan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza-Mesir.
Beliau kemudiannya menyelar Israel sambil menegaskan pembunuhan sewenang-wenangnya orang awam tidak bersalah di wilayah Palestin itu sama sekali tidak boleh diterima.
Keduanya turut mendesak gencatan senjata kekal dilaksanakan di wilayah Palestin dengan De Croo mengecam kemusnahan dahsyat di Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan lantang menggelar Netanyahu sebagai ‘pembunuh kejam Gaza’ dan mendakwa Perdana Menteri Israel itu menyemarakkan anti-semitisme di seluruh dunia.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.
Next Post