1 DIS : Jurang teknologi dan kewangan antara negara maju dan membangun perlu dikurangkan bagi memastikan semua negara mendapat akses yang saksama untuk penyelesaian tenaga hijau dengan kos yang berpatutan.
Yang di-Pertuan Agong, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian ketika merasmikan Pavilion Malaysia di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, lapor Awani.
Dalam titah perasmian itu juga, baginda mengulangi tekad negara dalam mengatasi isu pemanasan global dengan memberikan penekanan terhadap pengurusan pelepasan karbon dari sektor tenaga dan industri.
Tambah baginda, sektor-sektor tersebut menyumbang kepada majoriti jumlah karbon negara.
Titah baginda lagi, negara juga konsisten dengan komitmen yang dimeterai sejak Persidangan Rio 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara di dengan hutan dan penutup pokok.
Sementara itu pada majlis sama, baginda turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen berkaitan pelaburan sebanyak AS$8 bilion oleh Masdar UAE dalam tenaga boleh diperbaharu di Malaysia.