2 DIS : Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Fahmi Fadzil menepis dakwaan kononnya lebih ramai ahli Parlimen kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata dakwaan itu hanya spekulasi semata-mata.
Sehubungan itu beliau menggesa ahli politik pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.
Berkait dakwaan itu juga, Fahmi berkata ia bukanlah sesuatu perkara yang menghairankan.
“Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di Sepang hari ini.
Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa terdapat perbincangan mendalam berhubung kira-kira 10 ahli Parlimen kerajaan akan beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sekali gus membentuk kerajaan baharu.
Ini termasuk ahli Parlimen dari PKR yang dakwanya bakal men kumpulan pertama menyertai pembangkang.