nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tolak keganasan dalam konflik bersenjata

6 DIS : Malaysia menolak segala bentuk keganasan terhadap insan yang tidak berdosa dalam sesuatu konflik bersenjata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, ia termasuk tindakan pengeboman ke atas orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, makanan serta elektrik kepada orang awam.

Seri Paduka bertitah, Malaysia bertanggungjawab untuk menolak semua bentuk keganasan yang bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan antarabangsa.

“Barisan kepimpinan negara, termasuk pemimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan, hendaklah sebilang masa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keamanan serta kemanusiaan sejagat.

“Beta khuatir jika kita tidak menerapkan prinsip-prinsip terbabit mulai sekarang, nescaya sebarang pertikaian pada masa hadapan akan berakhir dengan konflik bersenjata yang mengenepikan segala bentuk rasional kemanusiaan,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah pada Istiadat Konvokesyen Ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertema ‘Graduan Madani, Kesejahteraan Masa Hadapan’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad; dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Dalam pada itu, Seri Paduka yang Canselor UPNM bertitah, peranan institusi pengajian tinggi (IPT) diperlukan bagi menuntut anjakan paradigma baharu ke arah kecemerlangan sebagai institusi sandaran rakyat dan negara.

Sehubungan itu, titah Seri Paduka, pihak berkenaan seperti UPNM sebagai sebuah universiti pertahanan premier di rantau ini, bertanggungjawab melahirkan pemimpin masa hadapan dalam menjaya serta mempertahankan kelangsungan kepentingan strategik negara.

“Universiti ini (UPNM) hendaklah sentiasa berpegang kepada falsafah dan visi penubuhannya. Lantaran itu, universiti ini perlu mendepani cabaran realiti geopolitik semasa dengan bijaksana dan sentiasa meneroka serta mengenal pasti bidang-bidang baharu dalam landskap keselamatan dan pertahanan.

“Kepelbagaian ilmu baharu dalam bidang ini perlu diamati serta dikaji rapi dengan teliti, dan selanjutnya universiti ini hendaklah menawarkan idea-idea baharu serta kerangka strategi yang sesuai dengan keperluan mutakhir keselamatan dan pertahanan negara.

“Mengambil kira konflik bersenjata sedang berlaku di pelbagai pelosok dunia ketika ini, UPNM wajar dijadikan sebuah pusat utama dalam menerapkan kefahaman dan pematuhan masyarakat serta pemimpin masa hadapan negara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah, undang-undang antarabangsa itu adalah peraturan yang tertumpu kepada elemen kemanusiaan dalam mengawal kesan buruk akibat konflik bersenjata dan peperangan.

6 DIS: Malaysia menolak segala bentuk keganasan terhadap insan yang tidak berdosa dalam sesuatu konflik bersenjata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.