7 DIS : Senat Amerika Syarikat (AS) menolak rang undang-undang (RUU) dana perang yang melibatkan berbilion dolar untuk Israel dan Ukraine.
RUU bernilai AS$110.5 bilion (RM516.4 bilion) itu gagal memperoleh 60 undi yang diperlukan daripada 100 ahli Senat apabila hanya 49 menyokong dan 51 menentang.
Setiap ahli Senat Republikan tidak menyokong termasuk Senator bebas, Bernie Sanders yang biasanya mengundi Demokrat.
Kali ini Sanders melahirkan kebimbangan untuk AS membiayai ‘strategi ketenteraan tidak berperikemanusiaan’ Israel terhadap Palestin.
Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer dari Demokrat yang juga menolak RUU itu berkata keputusa. itu adalah ‘saat serius yang akan mempunyai kesan berpanjangan untuk abad ke-21’ di mana mereka mempertaruh kemerosotan demokrasi di Barat.
Sebelum ini, Kongres Republikan dan Demokrat sudah berdebat berbulan-bulan tentang kaedah menangani permintaan Presiden Demokrat, Joe Biden yang mahu pembiayaan perang Ukraine dan Israel.
Setakat ini, sudah berbilion dolar disalurkan AS kepada Ukraine untuk memerangi pencerobohan Rusia manakala Israel yang juga kepentingan AS di Indo-Pasifik untuk menyerang balas Hamas namun akhirnya jelas kelihatan satu genosid kepada penduduk di Palestin.
Sekumpulan Demokrat di Senat kemudiannya mengadakan sidang media mengenai sekatan terhadap RUU itu bagi menghantar mesej kepada musuh dan sekutu AS bahawa mereka tidak menyokong rakan antarabangsanya secara membuta tuli.
“Ia (dana) sudah kering dan kami hanya mempunyai beberapa hari untuk membuat kemajuan yang jelas dan positif ke arah menyelesaikan butiran akhir yang diperlukan untuk menunjukkan AS adalah sekutu yang boleh dipercayai,” kata Senator Chris Coons.
Republikan pula berpandangan, AS perlu menangani isu keselamatan yang lebih penting di mana pendatang haram kian berlebihan merentasi sempadan selatan dengan Mexico
Mereka mahukan pentadbiran Biden lebih tanggungjawab dengan dana pembayar cukai AS yang disalur ke luar negara.