nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Prestasi ekonomi kerajaan perpaduan lebih mantap: Kajian

8 DIS: Prestasi ekonomi Malaysia semakin baik sepanjang setahun pentadbiran kerajaan Perpaduan menerusi 30 Inisiatif Ekonomi MADANI yang diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut diakui menerusi sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) serta dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), baru-baru ini.

Kaji selidik yang bertajuk ‘Inisiatif MADANI: Penerimaan Rakyat’ itu berlangsung selama 34 hari bermula 1 November 2023 ke 4 Disember 2023 serta menunjukkan semua soalan yang ditanyakan mendapat lebih 50 peratus yang menyokong dengan tindakan diambil kerajaan.

Seramai 4,606 responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata daripada sejumlah 21,473,409 pengundi berdaftar yang diwartakan pada 3 Oktober 2023 merangkumi semua kaum, jantina dan peringkat umur di kesemua 222 Parlimen di 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan.

Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah bagi membolehkan satu rumusan objektif dibuat mengenai tahap penerimaan rakyat ke atas berbagai-bagai Inisiatif Ekonomi MADANI yang diumumkan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan sejak beliau mula menjadi perdana menteri pada 24 November 2022.

Responden turut ditanya mengenai tahap penerimaan mereka ke atas 30 Inisiatif Ekonomi MADANI yang diumumkan Anwar.

Hasil maklum balas yang diberikan oleh responden menunjukkan Inisiatif Ekonomi MADANI ini mendapat markah A, iaitu sebanyak 82 peratus (2457/3000).

Menurut kajian tersebut, sebanyak 16 peratus responden sangat berpuas hati dan 50 peratus berpuas hati berbanding 15 peratus yang tidak berpuas hati, empat peratus yang sangat tidak berpuas hati dan 15 peratus menjawab tidak pasti mengenai tahap kepuasan hati rakyat terhadap Anwar menguruskan ekonomi Malaysia.

Secara keseluruhannya, tahap kepuasan hati dengan prestasi Anwar menguruskan ekonomi Malaysia berada pada tahap 66 peratus dan 19 peratus ketidakpuasan hati.

Dari segi tahap penerimaan responden kepada inisiatif memotong 20 peratus gaji pokok menteri, terdapat  55 peratus responden sangat menyokong diikuti 39 peratus menyokong berbanding 3 peratus yang tidak menyokong, 1 peratus yang sangat tidak menyokong dan 2 peratus yang menjawab tidak pasti.

Ini menunjukkan inisiatif berkenaan mendapat 94 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan secara keseluruhannya.

Selain itu, mengenai inisiatif mendorong BERNAS menyumbang RM60 juta kepada pesawah miskin, didapati 50 peratus responden sangat menyokong, 46 peratus menyokong serta masing-masing 2 peratus yang tidak dan tidak pasti dan ia menunjukkan 96 peratus sokongan berbanding 2 peratus bantahan secara keseluruhannya.

Tahap penerimaan responden kepada inisiatif mewajibkan projek cakna rakyat dan berimpak tinggi dilaksanakan secara tender, secara keseluruhannya inisiatif ini mendapat 86 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan.

Inisiatif mengurangkan kos projek MRT3 dari RM50 bilion kepada RM45 bilion pula mendapat 81 peratus sokongan berbanding lapan peratus bantahan.

Inisiatif menaikkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak daripada RM260 juta kepada RM300 juta pula mendapat 86 peratus sokongan dengan lima peratus bantahan.

Inisiatif lain yang mendapat sokongan melebihi 50 peratus adalah memperkenalkan skim perubatan Madani; pemotongan cukai bagi mereka yang berpendapatan tahunan RM35,000 hingga RM100,000 serta menaikkan cukai mereka yang berpendapatan melebihi RM100,000.

Kaji selidik turut membabitkan inisiatif menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 membabitkan pembayaran RM1.67 bilion di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemberian sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin, mewujudkan wakaf Madani melalui penerimaan komitmen swasta bagi menyediakan aset bernilai RM1 bilion dan menaikkan pemberian dan bantuan kewangan kepada Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kaji selidik berkenaan turut membabitkan lebih 30 soalan lain merangkumi pelbagai isu lain termasuk pendidikan, pemberian atau penarikan subsidi dan gaji progresif.

Menerusi kajian tersebut, ia jelas membuktikan tohmahan setengah pihak yang yang tidak berpuas hati dengan usaha Kerajaan Perpaduan membantu golongan yang memerlukan, memerangi rasuah dan menjana pertumbuhan ekonomi serta dasar-dasar ekonomi dalam konsep MalaysiaMADANI tidak mempunyai hala tuju yang jelas. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.