nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Marilah kita bermaafan, Pemuda MCA beritahu pemimpin BN

9 DIS : Kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa menghentikan perbalahan dalaman yang dibincangkan secara terang-terangan di media massa.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata sikap saling menyalahkan sesama sendiri itu langsung tidak membawa manfaat kepada BN.

“Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tidak perlu lagi dicari siapa yang mula dan siapa yang balas. Apa yang sudah berlaku, biarkan berlalu menjadi sejarah dan pengajaran.

“Segala kekurangan dan kelemahan kita perbaiki bersama. Dalam politik yang serba mencabar dan dinamik dewasa ini, (kita semua perlu) bersikap profesional serta bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertelingkahan antara pemimpin MCA dan UMNO bermula dengan gesaan Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng agar Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui sokongan Melayu terhadap gabungan itu semakin merosot.

Ini susulan dakwaan Zahid, prestasi buruk BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman disebabkan penyokong kuat BN tidak keluar mengundi.

Pada sidang Dewan Negara baru-baru ini pula, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Sri Ti Lian Ker mempertikaikan kongres ekonomi Bumiputera yang dijadualkan berlangsung pada Januari.

Sebagai respons, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh menempelak Tan sambil mengingatkan MCA perlu menerima hakikat MCA juga kehilangan penyokong Cina dengan ketara.

Beliau juga memberi amaran kepada Ti supaya tidak menimbulkan isu perkauman.

Neow berkata BN kini perlu memberi tumpuan pada usaha membina semula keyakinan rakyat terhadap mereka sebelum PRU seterusnya.

“Jika kita sendiri berpecah-belah dan saling bertikam lidah secara terbuka, bagaimana rakyat mahu kembali kepada kita dan yakin kepada kita untuk memacu serta hebatkan negara ini?,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.