nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Trend COVID-19 dijangka terus naik hujung tahun ini

10 DIS : Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan trend jangkitan COVID-19 akan terus menaik pada penghujung tahun ini khususnya sewaktu musim perayaan Krismas ekoran aktiviti kunjung-mengunjung rumah keluarga dan sanak saudara.

Namun Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata ia terkawal tanpa membebankan fasiliti kesihatan.

Katanya, KKM akan terus memantau trend itu dan menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti memakai pelitup muka di tempat yang agak sesak dan menjaga kebersihan diri.

“Kalau kita tengok beberapa minggu kebelakangan ini kes meningkat. Jumlah nanti saya akan beri tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat kes yang agak ringan dan tidak membebankan fasiliti kesihatan.

“Tetapi kita menggalakkan rakyat dan penduduk ambil juga langkah seperti biasa Kalau ada gejala pergi jumpa doktor untuk dapatkan saringan.

“Dan kalau positif (COVID-19) mereka diminta asingkan diri beberapa hari…sekarang SOP masih lima hari. Jika di tempat agak sesak kita galakkan, bukan mandatori…galakkan pakai pelitup muka. Lainnya jaga kesihatan diri, amalkan SOP biasa yang kita laksanakan,” katanya 

Dr Zaliha berkata demikian selepas merasmikan Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani serta Pelepasan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan di Bukit Jalil pada Ahad.

Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 57.3 peratus atau 3,626 kes dilaporkan pada 19 hingga 25 November lepas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aktiviti KKM di program tersebut, Dr Zaliha berkata ia merupakan kemuncak Madani Afiat melibatkan 135 orang jururawat dan 40 ahli farmasi KKM.

“Untuk kali ini kita libatkan 380 rumah hari ini, meliputi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil, Apartment Kuchai Lama, dan Taman Yarl. Ini kawasan yang kita akan lakukan saringan kesihatan.

“Aktiviti saringan kesihatan juga kita lakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan hari ini dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan. Ada juga aktiviti tambahan seperti kita galakkan untuk penduduk atau siapa yang hadir, menerima imunisasi COVID-19 bagi mereka yang belum,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.