13 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi, pada Selasa.
Bantuan yang disalurkan menerusi program Program MADANI Kasih itu disampaikan melalui Setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi.
Ahmad Farhan menyerahkan sumbangan tersebut ketika hadir menyantuni mereka dalam program di Kelab Tasik Putrajaya, semalam.
“Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan.
“Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantarannya di Facebook.
Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi beberapa gambar suasana majlis berkenaan.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim