nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

J-KOM diletakkan bawah Kementerian Komunikasi

13 DIS : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Agensi lain yang turut di bawah kementeriannya ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures.

Sementara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC Bhd dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan dipindahkan ke Kementerian Digital.

“Digital Nasional Bhd (DNB) masih ada perbincangan dan akan diputuskan kemudian,” katanya pada sidang media, hari ini.

Fahmi berkata, kementeriannya berhasrat mendapatkan maklum balas terus daripada rakyat mengenai segala dasar dan program dilaksana kerajaan selaras demokrasi penyertaan yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kementerian ini akan berusaha menyediakan satu format sama ada melalui aplikasi atau agensi yang akan ditentukan kemudian untuk membantu usaha memungut suara, mendapatkan pandangan rakyat berkaitan isu semasa termasuk dasar, keputusan ataupun program kerajaan.

“Ini selaras hasrat perdana menteri memastikan ke depan, rakyat lebih terbabit dan beri peluang kepada rakyat untuk berikan pandangan dalam sama ada pembentukan dasar atau dari segi pelaksanaan program atau aktiviti kerajaan,” katanya.

Selain itu kata Fahmi, mesyuarat kabinet hari ini turut membincangkan mengenai agensi-agensi yang akan ditempatkan di kementerian berkaitan susulan penstrukturan semula tersebut.

“Bagaimanapun ia belum diputuskan dan saya tidak boleh menyatakan lebih daripada itu sehingga apa yang disebut sebagai perintah fungsi-fungsi menteri diwartakan yang kita jangka sehingga Januari 2024,” katanya.

Mengenai Kementerian Digital, Fahmi berkata proses pembentukan kementerian itu sedang berjalan dan ia bakal ditempatkan di Menara Usahawan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.