nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masalah bekalan beras putih tempatan makin pulih

18 DIS : Kerajaan mengesahkan masalah bekalan beras putih tempatan semakin mereda dibantu hasil tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Namun Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan beras tempatan dalam negara masih belum stabil sepenuhnya susulan permintaan yang kekal tinggi dalam kalangan pengguna.

“Masih ada (masalah kekurangan beras) tetapi dia reda dan ia masih lagi sedang diusahakan untuk dicukupkan, yang baru tuai sekarang ni sedang dalam proses pengilangan jadi dia baru reda.

“Beras kita hanya baru 65 peratus (kadar sara diri) jadi kita tak cukup 35 peratus, beras tempatan ini sekarang menjadi rebutan sebab harga beras import mahal,” katanya, lapor Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat di Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad berkata Mada juga sedang dalam proses penanaman semula padi, bagi bekalan tahun hadapan.

Sementara itu dalam lawatan tersebut, beliau turut menggalakkan komuniti di bandar-bandar besar untuk terlibat dalam usaha keterjaminan makanan, dengan berbakti kepada tanah melalui pembukaan kebun komuniti di kawasan lapang yang sesuai.

Mohamad berkata tanah lapang yang berdekatan dengan kawasan perumahan, boleh dimanfaatkan dengan penanaman tanaman kontan seperti cili, serai, ulam-ulaman, yang sekali gus mampu memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

“Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk projek pembangunan komuniti, ia untuk projek komuniti seperti ini bukan hanya pertanian, apa-apa sahaja yang lain dalam bentuk komuniti ada peruntukan.

Tetapi, (saya sarankan) mohon awal, sebab ia dah boleh dibelanjakan pada bulan Januari nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihati pihak yang ingin terlibat dalam aktiviti berkenaan supaya memastikan kawasan yang ingin dibangunkan sebagai kebun komuniti sesuai dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada infrastruktur sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti Madani bagi mendukung usaha memartabatkan ekonomi komuniti.

Menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahu pun Projek Perumahan Rakyat (PPR), akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.