19 DIS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan berlaku kebakaran tayar sebuah monorel di Stesen Monorel Titiwangsa, hari ini.
Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima penggilan kecemasan pada 12.57 tengah hari sebelum menghantar lima anggota dan jentera ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati tayar monorel terbakar dan jatuh ke jalan raya.
“Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.
“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya, lapor Bernama.