nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kapal Israel dilarang berlabuh di Malaysia kuat kuasa serta merta

20 DIS : Malaysia tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekatan itu susulan tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta- merta,” kata Anwar menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Anwar, pada tahun 2002 Kabinet mula membenarkan kapal dari syarikat itu berlabuh di Malaysia manakala pada tahun 2005, kebenaran mendarat turut diberikan kepada kapal tersebut.

Namun Anwar berkata Kerajaan Perpaduan hari ini membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini,” katanya.

Menurut Anwar, Malaysia turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Beliau menambah keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.