nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Laksana segera perintis Dasar Gaji Progresif

20 DIS : Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengarahkan kementeriannya melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif bagi membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan wajar.

Katanya, kementerian akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut dan usaha lain bagi mereformasikan pasaran buruh negara.

“Setelah diberikan amanah sebagai Menteri Sumber Manusia, saya meletakkan tiga teras utama yang ingin saya tekankan di kementerian ini iaitu memperkukuh kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja,” katanya, lapor Bernama.

Sim berkata dalam tempoh satu minggu pertama ini, beliau membuat beberapa keputusan penting yang menyentuh tiga teras itu antaranya mengarahkan HRD Corp untuk tidak meneruskan projek Skills Passport kerana didapati tidak lagi sesuai selain tertangguh lebih setahun.

Beliau berkata kementerian itu juga akan merangka Dasar Sumber Manusia Negara sebagai panduan utama.

Selain itu, kementerian juga akan mempersiap pasaran buruh yang mampu mendepani cabaran masa hadapan seperti perkembangan teknologi digital, agenda negara menua, ekonomi hijau, ketidakpadanan pekerjaan dan keperluan pekerjaan wajar selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.

Sim turut memaklumkan pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE) dan Ahli Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Chee Yeeh Ceeu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

“Sejak awal pelantikan, saya sudah menyatakan iltizam untuk berdiri bersama pekerja. Oleh itu, saya berbesar hati melantik seorang aktivis kesatuan sekerja.

“Beliau adalah seorang aktivis gerakan buruh yang mempunyai 15 tahun pengalaman aktif dalam pergerakan kesatuan sekerja dan pelantikan ini membolehkan penglibatan yang lebih rapat kaum pekerja dalam pembuatan dasar di peringkat kementerian,” katanya.

Sim juga berkata beliau bersama timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengadakan sesi jelajah ke setiap jabatan dan agensi bagi memahami fungsi serta peranan dalam kementerian sebelum membuat perancangan untuk mengoptimumkan fungsi bagi setiap jabatan dan agensi.

“Kementerian Sumber Manusia akan tetap berpegang kepada prinsip integriti, ketelusan dan tatakelola yang baik berpandukan nilai-nilai Madani dalam setiap tindakan yang dibuat demi kebaikan kaum pekerja, rakyat secara amnya dan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.